Monday, February 22, 2010

Wang Ehsan/Royalti

Kalutnya Umno
Nak Urus Habuan
Guna segala sumber
Konon berkuasa

Kehilir kehulu
Memberitahu
Yang mendengar dianggap kelu
Dianggap dungu

Rampaslah dari yang berhak
Ketemu siksa kelak
Iman tak ada di otak
Semua dirompak

Ya Allah
Kepadamu kami berserah
Berilah ganjaran pada yang sah
Jahanamkan mereka salah


- mengingati Pulai Chondong 'terbakar'
190210

Thursday, May 21, 2009

Tanah Melayu

Dulu..... Semenanjung Tanah Melayu
Tukar ... menjadi Malaya
Kini .. Semenanjung

apa ini semua
katakan 1Malaysia
wujud juga Semenanjung, Sabah, Sarawak
lagi ketara ada negeri/daerah dianak-tiri
kenapa terjadi.....

selagi bumi ini wujud
manusia menghuninya
berkuasa bersama nafsunya
selama itulah kerakusan berterusan....

Kita anak 'Malaysia'
hiduplah cara kita.......
kita mampu membina
mampu juga meruntuhkannya!

220509

Saturday, November 1, 2008

connections

mulai 281007 telah wujud myHeritage, Facebook dan ahli kepada 'alumni' SMK Machang, Sains Machang, Shah Pekan dan Sains Sabah.

Sunday, June 15, 2008

100 hari pasca PRU12

mStar 120608 - Kerajaan Pusat masih menggelabah apabila kerajaan negeri meminta minta. Kerajaan Pusat tak mahu faham hasrat dan isyarat yang dijelaskan. Ramai masih keliru kenapa jadi begini begitu.. Bezanya amat ketara. Kepentingan diri dan keluarga dengan fokus rakyat jelata.

- ibha

Wednesday, June 11, 2008

My four grandchildren '08

syukur alhamdullillah 011205 lahir cucu pertama
280207 cucu kedua menyusul
kemudian ... 220108 seorang puteri
070508 seorang putera lagi....... alhamdulillah! murahkan rezeki.







Thursday, May 29, 2008

Izzat Ziqri



Izzat Ziqri Ahmad Fariz, 2.45kg @ 2.50pm on 7 May 2008
Cucu ke 4 Hj Ibrahim & Hjh Hamidah